PENAMPILAN penyanyi Aaliyah Massaid menerima kecaman apabila menjadi satu-satunya anggota keluarga wanita tidak mengenakan hijab sewaktu menghadiri majlis sambutan hari jadi bapa mentuanya iaitu Halilintar Anofial Asmid. Disebabkan itu, netizen kembali mengungkit semula kenyataan dibuat ibu mentuanya, Geni Faruk tentang kriteria menantu perempuan idaman sebelum ini. Menerusi sebuah program televisyen yang disiarkan pada Februari tahun lalu, Geni memberitahu dia mahu mencari bakal menantu yang mematuhi perintah Allah SWT dan Rasul. Penampilan Aaliyah di acara keluarga Halilintar menjadi bualan ramai. "Jika ditanya syarat dalam keluarga kami perlu mengikut panduan Rasulullah SAW dan cara bagaimana Baginda mencari jodoh. "Pertama, sebaik-baik jodoh itu kita lihat agamanya. Agama bermaksud ketaatannya kepada Allah dan Rasul," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Polis siasat akaun media sosial fitnah Aaliyah Massaid hamil luar nikah ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan kahwin pipi makin tembam, Aaliyah Massaid tak bersenam hanya buat ‘sukan pengantin’ Dalam temu bual sama, Geni berharap calon menantu perempuan perlu bersedia mengenakan hijab sebagai bukti cinta kepada anak-anaknya. "Buktikanlah cintanya. Kalau mahu jadi baik, insya-Allah dia (calon menantu) mahu berhijab," ujarnya. Untuk rekod, Aaliyah mendirikan rumah tangga dengan Thariq Halilintar pada 26 Julai lalu di Jakarta, Indonesia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!