suria

Paula tak jawab panggilan telefon dijadikan content, netizen minta Baim Wong henti burukkan isteri

Tindakan Baim cuba memburuk-burukkan Paula mendapat kecaman netizen.

TINDAKAN pelakon Baim Wong memuat naik tangkap layar panggilan video kepada isterinya di media sosial mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Baim dituduh seolah-olah cuba memburukkan reputasi Paula Verhoeven apabila dia merayu isterinya itu menjawab panggilan telefon dibuat.

Menerusi hantaran di Instastory, Baim memberitahu dia menghubungi Paula kerana anak kedua mereka iaitu Kenzo merindui ibunya.

"Cepat angkat telefon, adik (Kenzo) rindu," katanya.

2984616

Baim dikatakan sengaja cuba memburukkan imej Paula.

Pada hantaran tersebut, Baim turut berkongsi foto swafoto dia dan Kenzo sedang tersenyum sambil menanti Paula menjawab panggilan tersebut.

Sementara itu, netizen menyifatkan tindakan Baim itu sebagai sengaja menambah minyak pada api dalam kemelut rumah tangga mereka.

Ramai berpendapat, Baim sepatutnya tidak perlu mendedahkan hal remeh yang hanya akan membawa padah kepada dirinya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Paula Verhoeven jawab dakwaan curang Baim Wong, banyak kekurangan sebagai isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Ada semua bukti dan saksi, Baim Wong ketawa dengar penafian isteri berlaku curang

"Baim berhenti buat drama! Perkongsian macam ini hanya menunjukkan siapa diri kamu yang sebenar!

"Nampak sangat Baim terlalu mencuba nak memburuk-burukkan Paula kononnya dia tak peduli dengan anak," komen netizen.

Pada 7 Oktober lalu, Baim memfailkan cerai terhadap Paula di Mahkamah Agama Jakarta Selatan, Indonesia.

Copy of Untitled - 2024-10-27T135805.349

Pasangan ini dalam proses penceraian.

Baim mendakwa sudah setahun perkahwinan mereka berantakan apabila mendakwa Paula berlaku curang dengan sahabat baiknya sendiri.

Bagaimanapun, Paula, 37, menyangkal dakwaan bersikap curang terhadap Baim sepanjang enam tahun mereka berkahwin.

Untuk rekod Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018.

Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain