suria

Jung Kyung Ho tak malu pakai t-shirt papar muka kekasih, sanggup terbang ke Jepun beri sokongan kepada Sooyoung

Kyung Ho sanggup curi masa daripada kerja untuk beri sokongan pada kekasihnya.

PELAKON Jung Kyung Ho sanggup terbang ke Jepun bagi memberi sokongan buat kekasihnya yang juga ahli kumpulan Girls Generation iaitu Sooyoung.

Sooyoung mengadakan pameran untuk single solo pertamanya Unstoppable di Ebisu Garden Hall di Tokyo, Jepun.

Ini menunjukkan perasaan cinta Kyung Ho, 41, kepada Sooyoung tidak pernah berubah sejak mereka bercinta 12 tahun lalu.

size NP 1 - 2024-10-28T160213.161

Kyung Ho tak malu dilihat memakai baju t-shirt ada wajah Sooyoung.

Apa yang menarik perhatian adalah Kyung Ho dilihat tidak malu memakai baju t-shirt memaparkan wajah kekasihnya.

Malah aktor itu dengan beraninya hadir tanpa pelitup muka dan berdiri dekat dengan pentas untuk menceriakan penampilan solo Sooyoung.

Menjengah ke ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen kagum dengan layanan Kyung Ho terhadap Sooyoung walaupun sudah lama menyulam cinta.

"Teman lelaki yang sangat beri sokongan pada kekasihnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jung Kyung Ho Dedah Rancangan Melamar Sooyoung

ARTIKEL BERKAITAN: Jung Kyung Ho Belum Sedia Lamar Kekasih

"Kyung Ho tengah sibuk pun sanggup pergi ke Jepun beri sokongan pada Sooyoung

"Pasangan paling green flag, harap hubungan mereka berakhir dengan perkahwinan," tulis netizen.

Dalam perkembangan lain, Sooyoung bakal mengeluarkan single debut solo pertamanya berjudul Unstoppable pada 30 Oktober depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain