suria

Ben Affleck tengah cari pengganti JLo, letak syarat calon teman wanita tak minum alkohol

Ben mengakui sudah bersedia untuk menjalin hubungan dengan wanita semula.

SELEPAS berpisah dengan Jennifer Lopez, pelakon Ben Affleck dilaporkan sudah bersedia untuk kembali mencari pengganti bagi mengisi kekosongan hatinya.

Bagaimanapun Daily Mail melaporkan Ben mempunyai syarat tertentu iaitu mencari seorang wanita yang tidak mengambil minuman alkohol.

Ini kerana Ben enggan dikelilingi 'kaki botol' memandangkan dia pernah mengalami ketagihan alkohol yang hampir merosakkan hidupnya sebelum ini.

Ben dan Jennifer (kiri) sebelum ini mengambil keputusan untuk berpisah.

Ben dan Jennifer (kiri) sebelum ini mengambil keputusan untuk berpisah.

"Ben sudah bersedia kembali bercinta semula dan dia tidak akan berkrompomi dengan syarat wanita itu tidak mengambil minuman alkohol.

"Sudah dua tahun Ben sembuh daripada ketagihan alkohol dan dia enggan meletakkan semula dirinya dalam keadaan itu," kata sumber terdekat aktor filem Batman itu.

Sebelum ini, masalah ketagihan alkohol menjadi antara penyebab perkahwinan Ben dengan bekas isteri iaitu Jennifer Garner musnah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang bekas suami kembali ketagih alkohol, Jennifer Garner jadi orang tengah selamatkan perkahwinan Ben Affleck dan JLo

ARTIKEL BERKAITAN: Penceraian dengan Ben Affleck buat Jennifer Lopez tersedar, lelaki bukan lubuk kebahagiaan

Pun begitu, Jennifer antara individu penting dalam memberi sokongan moral malah menghantar Ben memasuki pusat pemulihan.

Malah aktres itu kerap mengunjungi kediaman Ben di Brentwood, Los Angeles bagi memastikan bekas suaminya itu sentiasa bebas daripada masalah ketagihan.

Untuk rekod, Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada Jun 2005 sebelum sah bercerai pada 2018.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Violet, 17, Seraphina, 14, dan Samuel yang kini berusia 11 tahun.

Pada 2022, Ben berkahwin dengan Jennifer atau JLo selepas setahun kembali menjalinkan hubungan cinta.

ben1 - 1

Jennifer (kanan) sebelum ini memberikan sokongan terhadap Ben selepas penceraiannya dengan JLo.

Pasangan ini pernah bertunang pada 2002 namun membatalkan perkahwinan mereka pada tahun berikutnya.

Ia merupakan perkahwinan keempat Jennifer dan kedua buat Ben.

Pada Ogos lalu, Jennifer mengesahkan sudah memfailkan penceraian terhadap Ben selepas dua tahun berkahwin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain