suria

Lawak Jamie Foxx ada maksud tersirat, dakwa P. Diddy punca dia terbaring koma 20 hari

Jamie mendakwa Diddy bertanggungjawab atas insiden dirinya terlantar koma.

PELAKON Jamie Foxx tidak menolak kemungkinan penyanyi rap P. Diddy terlibat dalam insiden dia terlantar koma selama 20 hari pada tahun lalu.

Page Six melaporkan perkara tersebut didedahkan pengarah Choke No Joke yang menghadiri persembahan komedi Jamie pada 4 Oktober lalu.

Dalam acara tersebut, Jamie mendakwa Diddy merupakan dalang yang meletakkan pil tidur dalam minumannya.

Malah, pelakon itu turut mendedahkan dia merupakan antara individu yang melaporkan Diddy ke pada pihak berkuasa sebagai membalas dendam.

Copy of Untitled - 2024-10-25T144127.727

Jamie didakwa mendedahkan perkara itu menerusi acara komendi.

Meskipun pengakuan tersebut dilakukan secara melawak, Choke bagaimanapun yakin kenyataan yang dikeluarkan Jamie bukanlah jenaka mahupun gurauan.

"Semasa rakaman Jamie sebut Diddy bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepadanya, dan dia merupakan salah seorang yang melaporkan Diddy kepada FBI.

"Saya tak fikir dia sedang bergurau, saya tahu bila seseorang itu bagi punchline dan saya tahu bila seseorang itu serius," katanya.

Dalam pada itu, Choke memberitahu dia percaya punca Jamie menyepikan diri bertahun-tahun kerana gentar dengan pengaruh penyanyi rap tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Jamie Foxx koma 20 hari angkara pil tidur, hilang ingatan selepas sedar

ARTIKEL BERKAITAN: Status jutawan sudah tiada guna, kaya bukan tiket P. Diddy dapat layanan VIP di penjara

Jelasnya, pelakon itu kini dilihat semakin aktif menerima tawaran lakonan dan muncul di televisyen selepas Diddy dipenjarakan sejak September lalu.

"Tak pelik ke bila lihat dia muncul sekarang, selepas Diddy ditangkap pada bulan September lalu?

"Sekarang kita nampak dia semakin berani munculkan diri di perlawanan bola sepak dan rancangan televisyen,"ujarnya.

Sebelum ini, Jamie mendedahkan dia terlantara koma di hospital selepas mengambil pil tidur secara berlebihan.

Copy of Untitled - 2024-10-25T144032.698

Jamie mendedahkan dia antara invidu melaporkan Diddy kepada pihak berkuasa.

Pelakon itu langsung tidak mengingati apa-apa perkara yang berlaku selepas sedar daripada koma.

Pada 16 September lalu, Diddy ditahan oleh pihak polis di sebuah hotel atas tuduhan pemerdagangan seks dan keganasan seksual.

Nama Diddy terkait dengan skandal 'Freak Off' yang didakwa memperdaya wanita untuk terlibat dalam aktiviti seksual.

Skandal tersebut menjadi tumpuan ramai apabila ia turut mengaitkan ramai selebriti terkenal lain yang ada di antara mereka turut menjadi mangsa kerasukan nafsu Diddy.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan