suria

Bekas isteri bongkar kisah lama, Choi Minhwan boleh dipenjara terlibat aktiviti pelacuran

Peminat terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh bekas isteri Minhwan.

ANGGOTA kumpulan FT Island iaitu Choi Minhwan bakal berdepan hukuman penjara sekiranya didapati bersalah atas tuduhan terlibat aktiviti pelacuran.

Satu laporan telah dibuat ke atas Minhwan, 32, di Balai Polis Gangnam, Korea Selatan susulan pendedahan kegiatan tersebut oleh bekas isterinya iaitu penyanyi Yulhee.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Youtube, Yulhee berkongsi antara faktor yang menyebabkan mereka bercerai pada Disember tahun lalu.

minhwan 2

Minhwan kini menjadi tumpuan ramai.

Selain mendakwan Minhwan pernah melakukan keganasan rumah tangga, Yulhee turut mendedahkan perbualan telefon bekas suaminya itu dengan seorang lelaki yang berkaitan dengan aktiviti pelacuran.

Menerusi rakaman tersebut, Minhwan meminta seorang lelaki menempah bilik di sebuah rumah pelacuran.

Selepas namanya menjadi bualan hangat dan menerima banyak kecaman, Minhwan membuat keputusan untuk berehat daripada terlibat dalam aktiviti seni serta-merta.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis dapat laluan khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, semua gara-gara Byun Woo Seok

ARTIKEL BERKAITAN: Rose Blackpink obses dengan ketumbar, cadang buka kebun sendiri

Kenyataan maaf juga dikeluarkan oleh pihak pengurusan FT Island iatu FNC Entertainment.

"Sukar untuk kami mengesahkan tentang butiran penuh kehidupan peribadi artis termasuk isu perkahwinan. Namun kami tetap bertanggungjawab terhadap kekecewaan orang ramai.

"Choi Minhwan mahu mengentikan semua aktiviti media selama-lamanya, termasuk program yang mana dia tampil bersama anak-anaknya," ujar kenyataan tersebut.

Dalam masa sama pihak stesen televisyen KBS2 juga mengesahkan Minhwan tidak lagi terlibat dalam rancangan berbentuk kekeluargaan iaitu The Return of Superman.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain