suria

Dua tahun kerja keras, Park Shin Hye terbang ke AS untuk bercuti... Lega suami izin keluar dengan kawan sekolah

Park Shin Hye nak bercuti tanpa suami.

SETELAH dua tahun tidak berehat panjang, pelakon Park Shin Hye memberitahu dia bakal bercuti untuk merehatkan mindanya.

Shin Hye, 34, berkata dia akan menghabiskan cuti selama dua minggu tanpa suami dan memilih untuk berhibur bersama rakan-rakan di Amerika Syarikat.

Pelakon drama Doctor Slump ini memberitahu perkara itu sewaktu muncul sebagai tetamu menerusi program Whenever Possible baru-baru ini.

Untitled design - 1

Park Shin Hye nak bercuti solo dengan kawan.

"Sudah lama saya dah tak bercuti dan berehat selama dua tahun.

"Saya bercadang untuk bercuti ke Amerika Syarikat selama kira-kira dua minggu jadi saya telah membersihkan rumah saya semalam," kata Shin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tulis komen jahat terhadap Park Shin Hye, netizen didenda!

ARTKEL BERKAITAN: Park Shin Hye tak ingin kisah cinta dengan Choi Tae Joon jadi bahan publisiti

Sementara itu, Shin memberitahu walaupun lama meninggalkan anaknya, namun suaminya iaitu Choi Tae Joon memberikan keizinan untuk dia bercuti bersama rakan.

"Untuk percutian ini saya dah minta persetujuan keluarga saya dan saya hanya akan pergi dengan seseorang yang saya kenali sejak sekolah rendah," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain