suria

Tegur wanita abai penampilan selepas kahwin, Nia Ramadhani tak layak beri nasihat - “Suami kau kaya raya!”

Ria tidak bersetuju dengan sikap para isteri beribu satu alasan untuk menjaga penampilan.

PELAKON Nia Ramadhani menegur sikap segelintir wanita mengabaikan soal penampilan diri selepas mendirikan rumah tangga.

Sebagai ibu kepada tiga cahaya mata, Nia berpendapat perubahan bentuk badan selepas bersalin bukanlah alasan sebaliknya wanita perlu bekerja keras memastikan penampilan mereka sentiasa menarik.

"Banyak juga wanita di luar sana fikir selepas berkahwin mereka tak perlu lagi buat apa-apa untuk cantik.

Nia sanggup berkerja keras agar kelihatan menarik dihadapan suaminya.

Nia sanggup berkerja keras agar kelihatan menarik dihadapan suaminya.

"Bagi saya lagi ramai anak, kita kena bekerja lebih keras untuk menjaga tubuh badan," katanya.

Dalam pada itu, Nia memahami punca segelintir golongan lelaki mula bersikap curang kerana merasakan isteri mereka sudah tiada daya tarikan.

Enggan nasib sama menimpanya, Nia mengamalkan gaya hidup sihat agar dapat mengekalkan bentuk badan menawan untuk suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakan menari pakai skirt pendek atas lutut, netizen minta Nia Ramadhani pantau media sosial anak

ARTIKEL BERKAITAN: Berparti sakan sehari sebelum puasa, nama Nia Ramadhani dianggap tak sesuai perangai

"Kalau suami balik kerja dan nampak keadaan diri saya tidak terurus, bukan sahaja dia tetapi saya sendiri pun tak sanggup tengok diri sendiri dalam cermin!

"Setiap hari saya bersenam dan mengamalkan diet kalau berat badan saya mula naik," ujarnya.

Bagaimanapun nasihat Nia itu tidak disambut baik netizen malah menyifatkan pelakon itu tidak layak memberi pendapat memandangkan suaminya hartawan.

553 (35)

Nasihat Nia tidak disambut baik netizen malah ramai yang mengecamnya.

"Kau banyak duit senanglah cakap! Perempuan ini bukannya buruk cuma mereka tiada duit nak cantikkan diri.

"Suami kau kaya raya! Bolehlah hari-hari bersenam, diet dan cantikkan diri. Kami?

"Setiap hari bukan ada masa nak hadap cermin, tak berasap dapur kalau begitu," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain