suria

Artis dapat laluan khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, semua gara-gara Byun Woo Seok

Peminat sering berkumpul di lapangan terbang sehingga menimbulkan kekecohan.

DEMI keselamatan dan keselesaan penumpang, pihak Incheon International Airport Corporation bakal memulakan prosedur operasi baharu dengan membuka laluan khas buat golongan selebriti.

Langkah tersebut diambil bagi mengawal situasi peminat berkumpul di lapangan terbang sehingga menyebabkan kekecohan dan menganggu pengguna lain.

"Bagi mengurangkan situasi orang berkumpul, kami mewujudkan prosedur baru di mana selebriti boleh menggunakan laluan khas keluar dan masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon," kata kenyataan dikeluarkan.

airport 1

Peminat fanatik berkumpul di lapangan terbang.

Prosedur tersebut bakal dikuatkuasakan bermula 28 Oktober ini.

Langkah ini bagaimanapun bukanlah mewujudkan laluan baharu, sebaliknya golongan selebriti dibenarkan menggunakan pintu laluan juruterbang dan juga anak kapal.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat dipukul minta bergambar, Jessi mohon maaf secara terbuka

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis resepsi Jo Se Ho berlangsung meriah, kos makanan setiap tetamu cecah RM1,000

Pihak lapangan terbang juga sudah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat pengurusan artis berhubung perkara ini bagi melancarkan pergerakan keluar dan masuk selebriti.

Isu keselamatan tersebut mula menjadi perhatian sejak Julai lalu apabila kemunculan pelakon Byun Woo Seok di lapangan terbang tersebut menimbulkan kekecohan luar biasa.

Apa lebih membimbangkan apabila pengawal peribadi pelakon itu turut menyalahgunakan kuasa dengan menghalang penumpang lain di pintu masuk pelepasan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain