PELAKON Baim Wong nekad bercerai dengan isterinya iaitu Paula Verhoeven selepas gagal mencapai penyelesaian ketika proses sulh pada petang Rabu lalu. Peguam mewakili Baim iaitu Fahmi Bachmid berkata, pelakon itu sudah pun menerima hakikat kemelut rumah tangga dihadapinya hanya boleh diselesaikan melalui penceraian. "Baim menerima hakikat ini adalah perjalanan hidupnya. Baim tidak terburu-buru membuat keputusan berkenaan. "Dia mahu menyelesaikan masalah rumah tangganya dan mengakhiri kemelut ini dengan penceraian," katanya. Fahmi berkongsi perkara itu ketika hadir ke proses sulh melibatkan Baim dan Paula di Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Rabu lalu. Dalam pada itu, Fahmi menjelaskan Baim atau Muhammad Ibrahim, 43, membuat keputusan tersebut secara mendalam dan ia memakan masa lebih setahun. "Setahun lebih dia berfikir (tentang penceraian) dan tujuh bulan dia berpisah tempat tinggal," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong fail cerai terhadap isteri, terjawab khabar angin keretakan rumah tangga ARTIKEL BERKAITAN: Setahun cuba pertahan rumah tangga, Baim Wong dedah isteri curang dengan rakan baik Sementara itu, Paula pula bertindak berdiam diri dan enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pergolakan rumah tangga mereka. Sebelum ini, Baim mendedahkan sikap curang Paula, 37, berhubungan sulit dengan rakannya sendiri menjadi punca dia memfailkan cerai pada 7 Oktober lalu. Untuk rekod, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang berusia dua tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!