PANDANGAN peminat terhadap Irish Bella berubah selepas muncul video memperlihatkan pelakon terkenal Indonesia itu sedang bertengkar dengan bekas suaminya iaitu Ammar Zoni di media sosial. Peminat yang sebelum ini berasa kasihan dengan nasib menimpanya mula berubah apabila kini ramai menunding jari dia menjadi punca rumah tangganya berakhir. Dalam rakaman tersebut, Ammar mengungkapkan rasa kurang senang dengn sikap Bella yang sering memintanya melakukan kejutan dan memberi hadiah. Malah Ammar memberitahu semua wang miliknya dipegang Irish. Ammar dan Irish didakwa pernah bertengkar kerana masalah duit. "Kamu (Irish) selalu minta saya buat kejutan, ingatkan jangan lupa beli hadiah. Jadi aku mahu belikan hadiah tetapi kena minta wang dengan kamu? "Masalahnya semua duit aku, kamu yang pegang," katanya. Bagaimanapun, tiada suara Irish kedengaran menerusi rakaman video tular tersebut. Dalam pada itu, rata-rata netizen terkejut mendengar perbualan itu kerana tidak menyangka pasangan itu bertengkar kerana wang. ARTIKEL BERKAITAN: Minta bimbing bekas isteri dan anak-anak... Ammar bagi pesanan kepada suami baharu Irish ARTIKEL BERKAITAN: Baru cerai 9 bulan, Irish Bella ada sebab pilih tamat zaman janda Ada juga meluahkan rasa hairan dengan penularan video tersebut ketika Irish sudah bertemu pengganti Ammar. "Ternyata masalah rumah tangga mereka sama seperti konflik yang dilalui oleh orang biasa seperti kita "Perkara yang sudah berlaku biarlah berlalu, sekarang Irish sudah bahagia dengan suami baharunya," tulis netizen. Pada November tahun lalu, Irish nekad menfailkan cerai terhadap Ammar kerana tidak lagi mampu menahan sikap pelakon itu yang merupakan seorang penagih dadah. Irish (kanan) memohon penceraian kerana sikap Ammar yang ketagihan dadah. Penceraian itu difailkan sebulan selepas Ammar dibebaskan daripada hukuman penjara atas kesalahan penyalahgunaan dadah. Irish kemudiannya menamatkan zaman janda dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Haldy Sabri pada 19 Oktober lalu. Untuk rekod, Ammar mendirikan rumah tangga dengan Irish pada 28 April 2019 namun bercerai pada 1 Februari lalu. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Air Rumi Akbar, 4, dan Amala Puti Sabar Akbar 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!