PELAKON Ammar Zoni menitipkan pesan buat suami baharu kepada bekas isterinya iaitu Haldy Sabri untuk menjaga Irish Bella dan anak-anak mereka dengan baik. Menurut laporan Suara, Ammar diwakili peguamnya Abdullah Emile Oemar Alamudy berharap Haldy dapat memberikan kebahagiaan buat bekas isterinya itu. Dia juga memohon agar Haldy dapat memberikan sepenuh perhatian menjaga kedua-dua anaknya iaitu Air Rumi Akbar dan Ara Puti Sabai Akbar. Ammar mahu bekas isteri dan anak-anaknya dapat bimbingan lebih baik. "Apa yang jelas, Ammar mendoakan Haldy supaya dapat membimbing Irish lebih baik berbanding dirinya. "Ammar juga berharap agar anak-anaknnya dapat diberikan perhatian dan penjagaan yang baik daripada bapa tirinya," katanya. Pada November tahun lalu, Irish nekad menfailkan cerai terhadap Ammar kerana tidak lagi mampu menahan sikap pelakon itu yang merupakan seorang penagih dadah. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas jalani hukuman penjara akibat dadah, Ammar Zoni ceraikan Irish Bella ARTIKEL BERKAITAN: Baru cerai 9 bulan, Irish Bella ada sebab pilih tamat zaman janda Penceraian itu difailkan sebulan selepas Ammar dibebaskan daripada hukuman penjara atas kesalahan penyalahgunaan dadah. Irish kemudiannya menamatkan zaman janda dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Haldy Sabri pada 19 Oktober lalu. Kata Irish, dia mengambil keputusan berkahwin kali kedua selepas mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Untuk rekod, Ammar mendirikan rumah tangga dengan Irish pada 28 April 2019 namun bercerai pada 1 Februari lalu. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Air Rumi Akbar, 4, dan Amala Puti Sabar Akbar 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!