PEMINAT Jisoo Blackpink kesal dengan tindakan penyanyi itu kerana lebih memberikan fokus terhadap lakonan berbanding nyanyian. Ini selepas Jisoo atau nama sebenar Kim Ji-soo, 29, menerima tawaran watak dalam sebuah filem dan dua drama yang akan ditayangkan tahun hadapan. Walaupun ramai yang teruja untuk menyaksikan lakonan Jisoo namun ada juga peminat yang kurang bersetuju dengan tindakan penyanyi itu. Filem dan drama Jisoo akan ditayangkan tahun hadapan. “Jisoo kalau awak tak mengeluarkan apa-apa lagu untuk tahun ini, awak akan kehilangan ramai peminat. Orang dah penat tunggu. “Kami tahu awak seorang pelakon tapi jangan lupa awak juga seorang penyanyi. Kami kenal awak sebagai penyanyi dulu baru pelakon,” kata peminatnya. ARTIKEL BERKAITAN : Jisoo dan Ahn Bo Hyun sudah putus, komitmen kerja punca hubungan cinta tak kekal lama ARTIKEL BERKAITAN : Hanya mampu bergambar, Jisoo rindu donat dan kopi - “Mesti sedapkan?” Para peminat telah menggesa penyanyi itu untuk mengeluarkan sesuatu lagu dengan kadar segera. “Jisoo bila nak comeback ni, penat dah tunggu,” komen netizen. Dalam perkembangan lain, Jisoo pernah memberitahu dia sedang membuat persiapan untuk mengeluarkan sesuatu yang baharu dan meminta peminatnya menunggu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!