suria

Liam Payne ambil pelbagai jenis dadah sebelum maut

Liam dikatakan mengambil bahan terlarang ketika menginap di hotel sebelum maut.

HASIL ujian toksokilogi ke atas mayat Liam Payne mendapati pelbagai jenis bahan terlarang telah diambil oleh penyanyi itu sebelum meninggal dunia pada 16 Oktober lalu.

Laporan menyebut salah satunya adalah kokain merah jambu yang merupakan dadah campuran methamphetamine, ketamin dan lain-lain bahan.

liam 11

Punca sebenar yang membawa kepada kematian Liam masih jadi tanda tanya.

Selain itu Liam juga turut mengambil dadah jenis kokain dan benzodiazepin.

Dia dipercayai mengambil bahan terlarang tersebut di dalam bilik hotel iaitu tempat dia menginap susulan penemuan paip aluminium buat sendiri di lokasi berkenaan.

Liam yang juga merupakan bekas anggota kumpulan One Direction disahkan maut akibat terjatuh dari balkoni tingkat tiga di sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat Liam Payne dijangka kebumi bulan depan

ARTIKEL BERKAITAN: Polis jumpa ubat anti epilepsi dan serangan panik dalam bilik hotel Liam Payne

Mayatnya masih berada di Argentina sehingga prosedur bedah siasat selesai dibuat sebelum proses pengkebumian.

Mayat Liam dijangka akan dibawa pulang ke England pada November depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain