KEKASIH kepada penyanyi One Direction Liam Payne's iaitu Kate Cassidy masih belum boleh menerima kehilangan buah hatinya itu pada 16 Oktober. Cassidy, 25, berkata pemergian kekasihnya itu menyebabkan banyak perubahan pada dirinya malah kini dia mengakui emosinya juga terganggu. Influencer berasal dari Florida itu meluahkan segala perasaannya itu menerusi Instagram miliknya baru-baru ini. Kate Cassidy terganggu emosi sebab terlalu rindukan Liam. “Saya mengucapkan terima kasih atas semua kata-kata baik dan cinta yang telah diberikan kepada saya. "Saya merasa benar-benar kehilangan dalam beberapa hari terakhir ini dan rasa macam semuanya mimpi,” katanya menerusi Instagram. Meskipun mendapat dorongan semangat dalam kalangan peminat namun Cassidy meminta orang ramai memberikannya ruang untuk dia kembali mencari kekuatan semula. ARTIKEL BERKAITAN: Polis jumpa ubat anti epilepsi dan serangan panik dalam bilik hotel Liam Payne ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota One Direction Liam Payne maut, ditemukan terjatuh dari balkoni hotel "Saya memohon dan berdoa agar anda memberi saya ruang untuk menghadapinya secara pribadi," ujarnya. Menurut Cassidy, Liam Payne merupakan individu paling penyayang yang pernah mewarnai hidupnya malah dia menyesal kerana meninggalkan kekasihnya itu sendirian di Argentina. Ini kerana Kate dan Liam pernah merancang untuk menghabiskan percutian bersama di Argentina selama dua minggu namun atas faktor tertentu membuatkan dia terpaksa kembali ke Florida sebelum mendapat berita kematian tersebut. Kate Cassidy dan Liam Payne mula menjalinkan hubungan sejak daripada tahun 2022. Liam disahkan meninggal dunia selepas ditemui maut akibat terjatuh dari tinggal tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina. Mendiang memiliki seorang anak lelaki yang kini berusia 7 tahun hasil hubungan dengan bekas teman wanita iaitu penyanyi Cheryl Cole. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!