suria

Zip baju terbuka ketika asyik menyanyi, peminat kagum tindakan pantas penari Taylor Swift

Netizen memuji kecekapan dua penari latar Taylor.

SELEPAS dua bulan berehat, penyanyi Taylor Swift kembali meneruskan konsert jelajahnya iaitu The Eras Tour di Miami, Amerika Syarikat pada malam Sabtu .

Dalam keseronokan beraksi di atas pentas, Taylor hampir berdepan detik memalukan apabila zip bajunya tiba-tiba terbuka.

Menerusi video yang tular, Taylor dilihat terlalu rancak melakukan persembahan sehingga tidak sedar bahagian belakang gaun disarungnya terdedah.

Copy of Untitled - 2024-10-20T162506.513

Dua orang penari latar bertindak menutup zip gaun yang terdedah.

Insiden tersebut berlaku ketika dia menyanyikan lagu berjudul But Daddy I Love Him dalam konsert jelajah berkenaan.

Mujur ada dua penari latar bersamanya, mereka dengan pantas terus bertindak menutup zip pakaian penyanyi itu ketika persembahan berlangsung.

Kekal profesional, Taylor turut dilihat meneruskan persembahannya seperti biasa tanpa menunjukkan reaksi terganggu.

ARTIKEL BERKAITAN: 50,000 peminat sanggup berpanas, panjat bukit demi tonton konsert Taylor Swift percuma

ARTIKEL BERKAITAN: Gelagat selamba Taylor Swift jilat dan buang hingus atas pentas buat peminat loya

Sementara itu, tindakan pantas dan cekap penari latar berkenaan menerima pujian netizen di media social.

Malah ada yang berseloroh menyuruh Taylor menaikkan gaji dua orang penari tersebut memandangkan mereka sudah menyelamatkan Taylor daripada insiden memalukan.

Taylor dijadualkan bakal berangkat ke Toronto dan Vancouver di Kanada sebelum menamatkan konsert jelajahnya pada hujung tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain