suria

Masih bersedih kehilangan Liam Payne, Zayn Malik tangguh konsert jelajah di AS 

Zayn ambil masa untuk kembali menghiburkan peminat.

SUSULAN kematian Liam Payne pada Rabu lalu, penyanyi Zayn Malik mengambil keputusan menangguhkan konsert jelajah di Amerika Syarikat yang sepatutnya bermula 23 Oktober ini.

Konsert Stairway To Heaven dijangka akan dijadualkan semula pada Januari tahun hadapan.

Zayn, 31, berkata, kehilangan rakannya itu yang juga merupakan bekas anggota kumpulan One Direction memberi kesan amat mendalam.

zayn 2

Zayn dan Liam sangat rapat sepanjang menyertai One Direction.

"Disebabkan kehilangan yang begitu menyedihkan minggu ini, saya telah membuat keputusan untuk menangguhkan jelalah Stairway To Heaven.

"Tarikh telah ditunda ke Januari tahun depan dan saya akan maklumkan dalam masa terdekat," katanya.

Zayn menulis perkara tersebut di Instastory miliknya pada Sabtu.

Konsert jelajah tersebut merupakan rangka promosi album ke empatnya yang sepatutnya akan berada di lima lokasi bermula San Francisco pada 23 Oktober ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota One Direction Liam Payne maut, ditemukan terjatuh dari balkoni hotel

ARTIKEL BERKAITAN: Liam Payne orang penting dalam One Direction, Louis Tomlinson janji jaga anak mendiang

Pada Rabu lalu dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian Liam yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga balkoni sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.

Zayn dan Liam sebelum ini sama-sama pernah menganggotai One Direction sejak kumpulan itu ditubuhkan pada 2010 sebelum mereka rasmi berpecah sekitar 2016.

Kumpulan itu turut dianggotai oleh Niall Horan, Louis Tomlinson dan harry Styles.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain