suria

Keinginan bersuami masih tinggi, Marshanda cari calon boleh jadi imam

Marshanda belum menutup pintu hati untuk kembali hidup berumah tangga.

PERNAH mengalami kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini, pelakon Marshanda belum serik untuk kembali berkahwin jika bertemu jodoh.

Marshanda atau Andriani Marshanda, 35, juga memasang impian untuk menambah lagi bilangan cahaya mata.

"Ada orang mungkin rasakan gagalnya pernikahan dulu buatkan mereka trauma dan tidak mahu lagi berkahwin.

size NP 1 - 2024-10-19T164027.712

Marshanda mencari lelaki yang boleh bimbing dia dan anaknya.

"Tapi saya sendiri tidak sebegitu. Saya terbuka cari calon suami.

"Jika ada jodoh di masa hadapan, saya nak tambah anak lagi," katanya.

Dalam pada itu, Marshanda berharap dapat bertemu dengan lelaki dapat menjadi imam kepadanya dan anak perempuannya.

"Saya suka lelaki yang aktif beriadah dan suka berkarya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 10 tahun menjanda, Marshanda ada sebab tak mahu kahwin lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Puasa 21 jam dan amal IF, Marshanda berjaya turun berat badan 20 kilogram

"Kalau boleh dia juga mampu untuk jadi ketua keluarga yang baik buat saya dan anak.

"Kalau tak nanti siapa pula mahu beri tunjuk ajar kepada kami untuk ke jalan yang baik," jelasnya.

Untuk rekod, Marshanda pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ben Kasyafani pada 2 April 2011 namun bercerai pada 2014.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Sienna Ameerah Kasyafani yang kini berusia 11 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain