suria

Alat sulit ‘tersangkut’ atas pagar besi, Al Pacino masih trauma insiden 70 tahun lalu

Al Pacino trauma terjatuh dari palang besi dan terkena alat sulitnya.

WALAUPUN sudah 70 tahun berlalu, pelakon Al Pacino masih berasa trauma apabila mengenangkan kembali kecederaan dialami pada bahagian alat sulitnya.

Pacino atau Alfredo James Pacino, 84, berkata, zakarnya mengalami kecederaan ketika dia berusia 10 tahun selepas dia tergelincir ketika berjalan di atas pagar besi.

Akibat kejadian itu, dia terjatuh dan bahagian alat sulitnya terhentak pada bahagian pagar besi sehingga menyebabkan dia menanggung kesakitan.

"Saya berjalan di atas pagar besi yang nipis sambil melakukan tarian 'tightrope' ketika sedang hujan.

size NP 1 - 2024-10-18T143249.334

Pacino berkongsi perkara memalukan itu menerusi buku Sonny Boy.

"Sedang asyik menari saya tergelincir dan bahagian alat sulit terhentak pada palang besi sebelum jatuh ke tanah," katanya.

Pacino berkongsi perkara itu menerusi buku autobiografi bertajuk Sonny Boy.

Bercerita lanjut dalam buku berkenaan, Pacino memberitahu dia berdoa kepada Tuhan agar mencabut nyawanya ketika ibu, ibu saudara dan neneknya datang memeriksa keadaannya.

Ketika itu kata Pacino, dia menanggung rasa sakit yang tidak pernah dirasai sepanjang hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Beza usia 54 tahun tak halang cinta, Pacino bahagia miliki kekasih jauh lebih muda

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Perempuan Al Pacino Ditahan Memandu Kerana Mabuk

"Ketika dalam keadaan panik dan terpaksa menanggung kesakitan, ibu datang mencucuk bahagian zakar untuk memeriksa keadaan saya.

"Saya hanya boleh berharap Tuhan mengambil nyawa saya apatah lagi ketika mendengar ibu saudara dan nenek bercakap tentang saya.

"Sehingga ke hari ini saya masih trauma seolah-olah kejadian itu berlaku semalam," jelasnya.

Pacino juga menggambarkan insiden tersebut sebagai salah satu pengalaman paling memalukan dalam hidupnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain