PUNCA kematian penyanyi Liam Payne yang terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina masih menjadi tanda tanya ramai. Meskipun makluman awal mengesahkan ia berkaitan dengan dadah dan minuman alkohol, namun yang menjadi persoalan adalah situasi sebenar membawa kepada insiden tersebut. Hasil siasatan dilakukan di bilik tempat Liam menginap mendapati ia berada dalam keadaan berselerak selain berlaku kerosakan pada fasiliti hotel seperti televisyen. Keadaan bilik hotel tempat Liam menginap. Malah pihak berkuasa tempatan turut menemui ubat jenis clonazepam yang digunakan untuk mengawal epilepsi serta serangan panik. Menerusi laporan media, turut dirakam beberapa keping gambar lilin yang telah dibakar selain kertas aluminium dipercayai digunakan untuk menghisap dadah. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota One Direction Liam Payne maut, ditemukan terjatuh dari balkoni hotel ARTIKEL BERKAITAN: Liam Payne didakwa berdepan tekanan kes mahkamah, Maya Henry terkejut terima berita kematian bekas tunang Liam yang merupakan bekas anggota kumpulan One Direction disahkan meninggal dunia pada Rabu. Terdahulu turut tular panggilan kecemasan yang dibuat oleh seorang pekerja Hotel Casa Sur yang melaporkan seorang lelaki berada dalam keadaan tidak terkawal. Panggilan tersebut meminta bantuan kecemasan kerana lelaki yang merupakan tetamu hotel bekenaan boleh mencederakan diri. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!