PENYANYI Jessi tampil di Balai Polis Gangnam, Korea Selatan pada Rabu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencederakan peminat yang dipercayai dilakukan oleh salah seorang kru pengurusannya. Ketika bertemu media, Jessi memberitahu dia sedia memberi kerjasama penuh berhubung perkara tersebut. Penyanyi ini bagaimanapun menafikan lelaki tersebut merupakan kenalannya dan tidak pernah bertemu sebelum kejadian. Jessi selesai memberi keterangan seleps enam jam. "Saya harap pihak polis akan jumpa lelaki itu dengan segera dan diberi hukuman. "Saya baru melihatnya sekali. Saya mohon maaf kepada mangsa," katanya. Dia selesai memberi keterangan selama enam jam dan dilihat keluar dari balai polis berkenaan pada awal pagi Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee dituduh ada akaun palsu, konsisten tulis komen buruk di IG Lee Hyeri ARTIKEL BERKAITAN: Hanni menangis jadi mangsa buli, percaya syarikat pengurusan benci NewJeans Dalam insiden yang berlaku pada 29 September lalu, seorang peminat cuba mendekati Jessi untuk merakamkan gambar bersama. Namun permintaan tersebut dihalang oleh seorang lelaki yang berdiri dekat dengan Jessi ketika itu. Kisah lama Jessi kembali terbongkar. Susulan kejadian yang berlaku, seorang mangsa lain mendedahkan pernah berdepan situasi sama pada Mei 2013. Wanita berkenaan mendakwa Jessi bersama dua orang rakannya melakukan serangan di sebuah kelab. Mereka juga merampas beg tangan wanita tersebut dan menuntut permohonan maaf secara melutut bagi mendapatkannya semula. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!