suria

Liam Payne muat naik foto bersama teman wanita sebelum ditemukan mati, netizen buat spekulasi Kate Cassidy jadi punca

Perkongsian terakhir Liam mengundang tanda tanya peminat.

BEBERAPA jam sebelum ditemukan mati, mendiang Liam Payne sempat memuat naik beberapa keping foto kenangan bersama teman wanitanya iaitu Kate Cassidy.

Menerusi perkongsian di Snapchat, Liam dan Kate dilihat bergambar bersama sambil tersenyum merenung ke arah cermin.

Foto tersebut dipercayai dirakam ketika mereka meraikan ulang tahun kelahiran Liam yang ke-30 pada tahun lalu.

Copy of Untitled - 2024-10-17T125657.316

Liam memuat naik foto kenangan bersama Kate di menerusi Snapchat.

Bukan itu sahaja, Liam turut memuat naik video dia bergurau senda dengan Kate ketika menikmati sarapan pagi di hotel.

Dalam hantaran terakhir pula, Liam berkongsi gambar selfie dengan kapsyen memeberitahu dia sedang menikmati percutiannya di Argentina.

"Hari indah di Argentina, gembira sebab saya dapat masa berehat. Masa berkualiti!" katanya.

Susulan itu, kesemua perkongsian berkenaan tular di media sosial sehingga mengundang spekulasi yang kononnya Kate terlibat dalam kes kematian Liam.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota One Direction Liam Payne maut, ditemukan terjatuh dari balkoni hotel

ARTIKEL BERKAITAN: Liam Payne mengaku salah memandu lebih had laju, lesen kena gantung tak boleh bawa kereta 6 bulan

Mendedahkan perkara sebenar, Kate memaklumkan dia dan Liam bercuti bersama ke Argentina namun dia sudah pun pulang ke Florida sejak dua hari lalu.

Malah, hubungan mereka dikatakan baik serta tiada masalah memandangkan Kate sebelum ini ada memuat naik foto Liam sedang menunggang kuda dengan kapsyen menyentuh hati.

"Saya bersyukur dengan setiap perkara dalam hidup," ujarnya.

Kate dan Liam mula bercinta sejak Oktober 2022 selepas Liam memutuskan pertunangan dengan Maya Henry.

Copy of Untitled - 2024-10-17T131405.547

Liam ditemui maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel.

Sebelum ini Liam ditemukan maut selepas terjatuh daripada tingkat tiga balkoni bilik hotelnya di Buenos Aires, Argentina pada Rabu.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan berkata, polis dipanggil ke lokasi kejadian selepas mendapat aduan tentang seorang lelaki dalam keadaan agresif dipercayai di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Petugas perubatan yang dikejarkan ke tempat kejadian kemudiannya menemukan mayat seorang lelaki di bahagian patio hotel berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain