suria

Bekas anggota One Direction Liam Payne maut, ditemukan terjatuh dari balkoni hotel

Liam meninggal dunia pada usia 31 tahun.

BEKAS anggota kumpulan One Direction Liam Payne ditemukan maut selepas terjatuh daripada tingkat tiga balkoni bilik hotelnya di Buenos Aires, Argentina pada Rabu.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan berkata, polis dipanggil ke lokasi kejadian selepas mendapat aduan tentang seorang lelaki dalam keadaan agresif dipercayai di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Petugas perubatan yang dikejarkan ke tempat kejadian kemudiannya menemukan mayat seorang lelaki di bahagian patio hotel berkenaan.

liam 2

Kenangan Liam bersama One Direction.

Payne, 31, mencipta nama sebagai bintang terkenal selepas menyertai One Direction bersama empat ahli lain iaitu Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan and Louis Tomlinson.

One Direction yang pernah menyertai program X Factor di United Kingdom pada 2010 bagaimanapun berpecah selepas enam tahun bersama untuk memberi fokus kepada projek solo.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Joker: Folie à Deux’ tak dapat sambutan, kutipan memalukan... Pengkritik kata Lady Gaga tidak membantu

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Spiderman’ kembali single, Andrew Garfield dan Kate Tomas sudah berpisah

Bulan lalu, Payne dilihat menghadiri konsert rakannya iaitu Nail Horan di Buenos Aires dan penyanyi itu terbuka bercakap tentang masalah ketagihan dadah dan alkohol dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.

Pada Rabu, Payne sempat berkongsi percutiannya di Argentina dan dilihat banyak menghabiskan masa menunggang kuda, bermain polo selain bersiar-siar di sana.

Malah dia turut memberitahu tidak sabar untuk pulang ke London bertemu dengan anjing kesayangannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain