suria

Han So Hee dituduh ada akaun palsu, konsisten tulis komen buruk di IG Lee Hyeri

Agensi So Hee nafi artis mereka mempunyai akaun palsu khusus mahu tinggalkan komen buruk pada Hyeri.

AGENSI pelakon Han So Hee menafikan artisnya itu memiliki akaun palsu semata-mata mahu meninggalkan komen buruk di Instagram aktres Lee Hyeri.

Jelas 9ato Entertainment, akaun catsaretheavengers bukanlah milik So Hee, 30, seperti yang didakwa segelintir pihak.

"Akaun yang disebut dalam media sosial bukanlah akaun alternatif milik pelakon Han So Hee," katanya dalam satu kenyataan media.

size NP 1 - 2024-10-16T152612.808

So Hee dituduh mempunyai akaun palsu yang konsisten meninggalkan komen pada IG Hyeri.

Khabar angin itu muncul selepas terdapat satu akaun Instagram peribadi secara konsisten meninggalkan komen negatif di pada Hyeri dan rata-rata netizen membuat andaian ianya kemungkinan milik So Hee.

Salah satu sebab ramai mengesyaki So Hee kerana rakan baiknya iaitu pelakon Jeon Jong Seo mengikuti akaun tersebut.

Malah pemilik akaun itu juga mengikuti So Hee seterusnya mencetuskan spekulasi ia dikendalikan oleh aktres berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak tahan tekanan, Han So Hee dan Ryun Jun Yeol berpisah

ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee minta henti tanya fasal bekas kekasih, berang kisah putus cinta masih jadi bualan

Selain itu, gambar profil akaun tersebut juga menimbulkan syak wasangka kerana So Hee pernah menggunakan profil yang sama di Instagram.

Pada pertengahan Mac lalu, So Hee mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Ryu Jun Yeol selepas paparazi berjaya merakam foto mereka sedang becuti di Hawaii.

Jelasnya, mereka bertemu ketika menghadiri acara pameran fotografi tahun lalu namun mula rapat awal tahun ini.

size NP 1 - 2024-10-16T152650.998

So Hee dan Hyeri pernah jalinkan hubungan dengan Jun Yeol.

Pengakuan tersebut juga sekali gus menolak dakwaan kononnya dia menjadi orang ketiga menyebabkan hubungan Jun Yeol dan bekas kekasihnya iaitu pelakon Hyeri putus.

Bagaimanapun hubungan So Hee dan Jun Yeol tidak bertahan lama selepas mengambil keputusan untuk berpisah gara-gara menerima tekanan daripada peminat.

Jun Yeol dan Hyeri sudah menjalinkan hubungan cinta sejak tujuh tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain