suria

Hanni menangis jadi mangsa buli, percaya syarikat pengurusan benci NewJeans 

Hanni mendedahkan NewJeans menjadi mangsa buli oleh syarikat pengurusan mereka sendiri.

ANGGOTA NewJeans iaitu Hanni muncul sebagai saksi di hadapan Jawatankuasa Alam Sekitar dan Buruh di Perhimpunan Kebangsaan (EUL) Seoul selepas mendakwa kumpulan itu menjadi mangsa buli.

Hanni atau Pham Ngoc Han, 20, hadir memberi keterangan berhubung kenyataannya sebelum ini tentang kumpulan itu dibuli dan diabaikan oleh syarikat pengurusan mereka iaitu Hybe.

Dakwanya dia mempunyai bukti pekerja di agensi berkenaan membuli mereka malah Hanni dilihat mengalirkan air mata ketika bercakap di hadapan jawatankuasa tersebut.

"Baru-baru ini saya mendengar pekerja Hybe mengutuk kami malah pasukan perhubungan awam syarikat tersebut merendah-rendahkan kejayaan kami di Jepun.

size NP 1 - 2024-10-15T180538.704

Hanni ada bukti NewJeans dikutuk oleh beberapa pekerja di syarikat Hybe.

"Saya yakin Hybe membenci kami dan saya tak faham kenapa kami perlu melalui situasi itu.

"Saya fikir mereka ingin jatuhkan kami memandangkan karier kami meningkat bukan hasil rancangan asal syarikat," katanya.

Dalam pada itu, Hanni berkata undang-undang tidak mampu menyelesaikan segala masalah, sebaliknya penyanyi itu memberiahu perasaan saling menghormati lebih penting untuk mengelakkan kes buli di tempat kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanni NewJeans terfikir kahwin muda, ikut jejak langkah ibu bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Hanni NewJeans mengaku suka makan tempe, peminat Indonesia dan Malaysia bangga

"Apa yang saya sedar ialah undang-undang bukanlah penyelesaian kepada semua masalah dunia.

"Tetapi saya fikir, jika kita saling menghormati sesama manusia, tidak akan ada sebarang kes buli di tempat kerja," jelasnya.

Untuk rekod, NewJeans memulakan debut pada 22 Julai 2022 dengan single Attention.

Selain Hanni, kumpulan itu dianggotai empat lagi ahli iaitu Minji, Danielle, Haerin dan Hyein.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain