suria

‘Spiderman’ kembali single, Andrew Garfield dan Kate Tomas sudah berpisah

Kate yakin Andrew berada dalam keadaan baik selepas perpisahan mereka.

HUBUNGAN pelakon Andrew Garfield dengan Kate Tomas berakhir dengan perpisahan hanya selepas lima bulan bercinta.

Perkara itu didedah sendiri oleh Kate yang merupakan seorang jurulatih kerohanian ketika membalas komen salah seorang pengikutnya di Instagram.

Menerusi komen tersebut, Kate memberitahu dia yakin Andrew berada dalam keadaan baik walaupun mereka memutuskan untuk berpisah.

Copy of Untitled - 2024-10-14T160840.816

Kali terakhir pasangan ini dilihat bersama sewaktu menonton perlawanan tenis di London.

"Kami sudah putus sejak beberapa bulan lalu tetapi saya percaya dia dalam keadaan gembira," katanya.

Andrew dan Kate kali terakhir dilihat bersama ketika menyaksikan perlawanan tenis di London pada 14 Julai lalu.

Sebelum ini, Kate juga secara terbuka bercerita mengenai hubungannya dengan bintang filem Amazing Spiderman itu dalam beberapa temu bual podcast.

ARTIKEL BERKAITAN: Andrew Garfield tanggung malu terlalu menjiwai watak, tak sedar pengarah sudah ‘cut’ babak intim

ARTIKEL BERKAITAN: Demi jayakan watak dalam filem, Andrew Garfield berpuasa dan elak hubungan seks

Tindakan itu mengundang rasa kurang senang peminat sehingga ada menuduh dia sengaja cuba meraih publisiti dengan 'menjual' kisah cinta mereka.

Malah ada pula mendakwa Kate berjaya memikat hati Andrew disebabkan sihir.

Untuk rekod, Andrew pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa selebriti terkenal di Hollywood termasuk Emma Stone, Shannon Woodward dan Susie Abromeit.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain