suria

Jimin BTS tanggung rugi RM318,000, baik hati tolong Lee Jin Ho langsai hutang judi 

Jin Ho meminjam wang kepada Jimin bagi memenuhi nafsu berjudinya.

PELAWAK asal Korea Selatan iaitu Lee Jin Ho menanggung hutang yang banyak selepas meminjam daripada beberapa selebriti terkenal bagi tujuan perjudian.

Anggota BTS iaitu Jimin dilaporkan antara mangsa Jin Ho yang memberinya pinjam wang sebanyak AS$70,000 atau RM318,000.

Perkara itu disahkan pihak pengurusan Jimin iaitu Big Hit Entertainment menerusi satu kenyataan kepada media Korea Selatan.

Copy of Untitled - 2024-10-14T170203.663

Jimin beri peluang kepada Jin Ho langsaikan hutang dalam tempoh 10 tahun.

"Betul Jimin menanggung kerugian yang banyak. Perjanjian hutang telah dibuat dan Jin Ho pun sudah dapat duit," kata wakil pengurusan syarikat berkenaan.

Kesal dengan apa berlaku, Jimin bagaimanapun masih berhati baik dengan meminta Jin Ho membayar semula hutang berkenaan dalam tempoh 10 tahun.

Selain Jimin, Jin Ho didakwa turut meminjam wang daripada beberapa selebriti lain termasuk penyanyi Young Tak dan pengacara TV Lee Soo Geun untuk memuaskan nafsu berjudi.

Lebih teruk, ada selebriti mengeluh berdepan bayaran cukai yang tinggi kerana wang dipinjamkan tiada sebarang perjanjian.

ARTIKEL BERKAITAN: Jimin (BTS) ‘naik pangkat’ sebagai tentera elit, tunjuk dedikasi sepanjang berada dalam kem latihan

ARTIKEL BERKAITAN: Dituntut perjelas hubungan sebenar dengan Jimin, Song Da Eun diugut peminat BTS

Sebelum ini, Jin Ho membuat pengakuan terlibat dengan aktiviti perjudian haram secara atas talian sejak empat tahun lalu.

Dedahnya, dia terpaksa meminta bantuan kewangan daripada keluarga, kenalan serta rakan-rakan selebriti bagi membayar hutang judi namun ia tidak mencukupi.

Masalah kewangan pelawak itu bertambah parah apabila dia bertindak meminjam wang daripada 'Ah Long' dengan faedah tinggi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain