suria

Knetz peroleh kemenangan, Seunghan umum undur diri daripada Riize 

Seunghan nekad untuk terus undur diri.

PENYERTAAN semula penyanyi Seunghan dalam kumpulan Riize selepas keahliannya digantung sebelum ini menimbulkan kemarahan peminat Knetz atau Korean Netizens.

Belum melupakan kontroversi membabitkan Seunghan, peminat sebaliknya mengecam tindakan syarikat berkenaan malah menghantar bunga kematian di hadapan pejabat SM Entertaiment sebagai protes.

Malah Seunghan menjadi sasaran hebat Knetz yang mendesak dia mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.

Akur dengan permintaan mereka, Seunghan mengambil keputusan mengundurkan diri selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk enggan menjejaskan reputasi dan nama baik Riize.

seunghan 11

Seunghan sedar ramai yang kecam dirinya.

"Selepas merenung secara mendalam, adakah saya hanya fikirkan tentang diri sendiri? Adakah saya telah menyebabkan masalah kepada semua anggota Riize?

"Saya rasa keputusan meninggalkan Riize adalah jalan terbaik.

"Saya tak mahu timbulkan sebarang rasa tidak baik dalam diri peminat. Saya tidak mahu mengecewakan anggota lain dan syarikat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat protes Seunghan kembali, hantar bunga kematian desak keluar Riize

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota Riize terbuka hati terima kembali Seughan, lalui perbincangan panjang sebelum buat keputusan

Perkara itu dikongsi Seunghan menerusi laman sosial miliknya hanya selepas beberapa hari SM Entertainment mengumumkan dia kembali bersama Riize.

Menghargai setiap sokongan peminat terhadap kumpulan Riize, Seunghan menganggap pengundurannya itu adalah langkah terbaik bagi mengelakkan perbalahan.

"Saya tidak mahu hubungan di antara Riize dan peminat terjejas. Saya tidak mahu sokongan peminat musnah hanya disebabkan saya.

2959259

Gambar kenangan Seunghan bersama Riize.

"Saya juga kecewa melihat peminat saling berbalah dan ini adalah jalan penyelesaian terbaik," jelasnya.

Kontroversi membabitkan Seunghan bermula tahun lalu apabila tersebar foto dia sedang bercium dengan kekasihnya.

Tidak hanya itu, peminat berang apabila muncul pula foto Seunghan sedang menghisap rokok ketika berada di Jepun.

Susulan dua kontroversi itu, SM Entertainment menggantung keahliannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain