suria

Didakwa tak bagi anak-anak jumpa Paula, Baim Wong mohon penyebar fitnah bertaubat

Baim sentiasa cuba bawa anak-anak jumpa Paula namun mereka enggan berbuat demikian.

PELAKON Baim Wong menyangkal dakwaan kononnya dia menjauhkan anak-anak daripada ibu kandung mereka, Paula Verhoeven.

Sebaliknya, Baim, 43, berkata, itu semua tuduhan berbentuk fitnah dan berharap sesiapa yang menyebarkan perkara itu menginsafi perbuatan mereka.

"Yang kata saya mahu mengambil atau menjauhkan anak-anak dari ibunya, itu bohong semua.

size NP 1 - 2024-10-16T113931.669

Baim nafi cuba jauhkan Paula dari anak-anak.

"Yang memulakan dan menyebarkan fitnah itu semoga diampuni dosanya," katanya.

Baim berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada pagi Rabu.

Bercerita lanjut, Baim memberitahu sampai bila-bila dia tidak pernah menghalang anak-anak untuk bertemu Paula.

Tambah Baim, dia sudah cuba sehabis baik namun anak-anaknya yang tidak mahu berjumpa dengan ibu mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun cuba pertahan rumah tangga, Baim Wong dedah isteri curang dengan rakan baik

ARTIKEL BERKAITAN: Dimas Seto bukan rakan baik curang dengan isteri, Baim Wong tuntut hak penjagaan anak

"Bila-bila pun saya tak pernah menghalang anak-anak kalau mahu berjumpa dengan ibu mereka dan sebaliknya.

"Setiap waktu saya selalu mengajarkan anak-anak untuk mencintai ibunya.

"Kata-kata positif selalu saya tanamkan mengenai ibunya. Sehingga kadang-kadang saya paksa anak-anak untuk jumpa ibunya, cuma mereka tak mahu," jelasnya.

Yang kata saya mahu mengambil atau menjauhkan anak-anak dari ibunya, itu bohong semua.

BAIM WONG

PELAKON

Dalam pada itu, Baim juga selalu meminta Paula untuk bersabar kerana bimbang jika dipaksa anak-anak semakin tidak mahu berjumpa.

Malah, Baim memohon maaf di Instagram kerana terpaksa bercakap mengenai hal peribadi secara umum kerana mahu membersihkan nama.

"Saya selalu kata pada ibu mereka untuk sabar kerana kalau dipaksa risau semakin tak mahu berjumpa.

size NP 1 - 2024-10-16T113824.505

Baim dakwa anak-anak enggan berjumpa Paula.

"Maaf saya perlu bercakap soal ini kerana ia menyangkut bagaimana cara saya didik anak serta supaya tidak ada salah faham yang berlaku.

"Apapun salah saya sebagai suami, saya tak mahu salah untuk menjadi seorang bapa," ujarnya.

Untuk rekod, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018 namun bercerai pada 9 Oktober lalu.

Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain