KETIKA awal perkahwinan dengan Mahalini, penyanyi Rizky Febian mengakui ada konflik berlaku antaranya dengan isteri. Rizky atau nama sebenar Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 26, bagaimanapun berkata salah faham di antara mereka berdua itu dapat diselesaikan dengan segera. "Jadi kami pasangan. Kalau berlaku perdebatan, kami boleh berbaik sepantas kilat. Ini semua sebab kami selalu tersasul ketika bercakap. Rizky dan Mahalini selalu tersasul ketika bercakap. "Pernah dulu kami bergaduh besar, lepas itu saya tersasul bila bercakap," katanya. Gara-gara tersasul dalam percakapan itu membuatkan Mahalini terhibur dan mereka terus berbaik semula. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Mahalini dituduh curang di belakang Rizky Febian, desak pemfitnah tunjuk bukti ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini dah jumpa cara mudah kejut Rizky Febian bangun tidur, selalu bebel kerana leka main game "Dia (Mahalini) kalau saya tersasul pasti ketawa dan saya pun ketawa sekali... kemudian kami berbaik semula. Saya memang selalu tersasul kalau bercakap," ujarnya. Untuk rekod pasangan Rizky Febian dan Mahalini telah melangsungkan perkahwinan pada 10 Mei lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!