suria

‘Joker: Folie à Deux’ tak dapat sambutan, kutipan memalukan... Pengkritik kata Lady Gaga tidak membantu

Kehadiran Lady Gaga memegang watak utama tidak memberi impak kepada filem.

TIDAK sampai dua minggu tayangan, filem Joker: Folie à Deux dilaporkan kurang mendapat sambutan apabila apabila menerima penurunan 81 peratus jumlah penonton.

Lebih teruk, filem tersebut hanya meraih kutipan sebanyak RM709 juta berbanding sekuel pertama berjudul Joker yang memperoleh kutipan RM1 billion dalam tempoh tiga hari tayangan.

Kutipan kurang memuaskan ini dijangka memberi kerugian besar iaitu sebanyak RM860 juata atau ASD$200 juta kepada penerbit Warner Bros.

Copy of Untitled - 2024-10-16T174031.402

Filem Joker: Folie à Deux dipilih sebagai filem Suoerhero poaling teruk pada tahun ini.

Dalam pada itu, pengkritik filem meyifatkan kehadiran Lady Gaga dan Joaquin Phoenix sebagai watak utama langsung tidak memberi impak kepada kejayaan filem berkenaan.

"Kuasa bintang Lady Gaga dan komitmen aksi Jaquen Phoenix pun tidak dapat menyelamatkan Joker: Folie à Deux," katanya.

Kegagalan filem tersebut sekali gus meletakkan Joker sebagai filem superhero paling teruk pada tahun ini selepas The Marvels dan Ant-Man and the Wasp: Quantumania.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Marvel dah tak sabar, nampak Kuala Lumpur dalam trailer filem ‘Thunderbolts

ARTIKEL BERKAITAN: 'Suicide Squad' Karya Hambar Namun Tidak Seburuk Mana

Sementara itu, pengarahnya Todd Philips secara terbuka menolak kemungkinan akan ada sekuel ketiga memandangkan filem itu tidak mendapat sambutan.

"Saya rasa waktu saya dalam DC Universe hanyalah untuk dua filem ini sahaja, mungkin saya tak patut keluarkan sekuel ketiga," ujarnya.

Joker: Folie à Deux yang mula ditayangkan sejak 29 September lalu mengisahkan perjalanan kehidupan Athur Fleck atau Joker dengan mengetengahkan elemen muzikal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain