suria

Liam Payne didakwa berdepan tekanan kes mahkamah, Maya Henry terkejut terima berita kematian bekas tunang

Liam dikatakan berdepan tekanan teruk susulan isu undang-undang melibatkan bekas tunangnya.

PELBAGAI spekulasi muncul selepas kematian bekas anggota kumpulan One Direction iaitu Liam Payne.

Salah satu yang menjadi bualan hangat netizen ialah dakwaan kononnya penyanyi itu tertekan susulan kes mahkamah membabitkan dirinya dengan bekas tunang iaitu Maya Henry.

People melaporkan mahkamah mengeluarkan perintah larangan terhadap Liam kerana dia didakwa berulang kali menghubungi Maya selepas perpisahan mereka.

Copy of Untitled - 2024-10-17T130604.422

Liam dilarang oleh mahkamah daripada terus menghubungi Maya.

Dalam pada itu, Maya dikhabarkan masih berada dalam keadaan terkejut selepas menerima berita kematian Liam.

Wanita itu juga enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung konflik terjadi antara mereka sebelum ini.

Liam dan Maya bertunang pada Ogos 2020 tetapi jodoh tidak kesampaian apabila berpisah pada 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota One Direction Liam Payne maut, ditemukan terjatuh dari balkoni hotel

ARTIKEL BERKAITAN: Liam Payne mengaku salah memandu lebih had laju, lesen kena gantung tak boleh bawa kereta 6 bulan

Pada Rabu, Liam ditemukan maut selepas terjatuh daripada tingkat tiga balkoni bilik hotelnya di Buenos Aires, Argentina.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan berkata, polis dipanggil ke lokasi kejadian selepas mendapat aduan tentang seorang lelaki dalam keadaan agresif dipercayai di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Petugas perubatan yang dikejarkan ke tempat kejadian kemudiannya menemukan mayat Liam di bahagian patio hotel berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain