ISTERI pelakon Jackie Chan iaitu Joan Lin mendedahkan dia mempunyai satu hobi pelik iaitu mengumpul pakaian dalam seksi dan mahal. Lin mula meminati hobi itu sejak beberapa tahun lalu dan mula mengumpul koleksi termahal pernah dimiliki. Joan Lin sanggup habis ratusan ribu demi kumpul koleksi baju dalam. Isteri pelakon aksi itu juga memberitahu dia meminati rekaan pakaian dalam daripada pereka fesyen terkenal Perancis dan sanggup berhabis duit demi menjadi orang pertama memilikinya. Difahamkan, jumlah keseluruhan koleksi pakaian dalam itu nilainya hampir seperti membeli sebuah rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Pengsan di set penggambaran Panda Plan, Jackie Chan berkeras buat aksi lagak ngeri sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Sammo Hung geram dengan netizen, Jackie Chan kena kutuk nampak macam ‘atuk’ Malah, dia tidak berkira untuk berbenja ratusan ribu setahun semata-mata mendapatkan koleksi berkenaan. Selain mengumpul pakaian dalam itu, Lin juga memberitahu tujuan dia memborong pakaian itu bukan untuk dijual sebaliknya diberikan secara percuma kepada beberapa rakan baiknya. Kata Lin, meskipun hobinya itu mahal namun suami tidak menghalang kerana dia menggunakan duit sendiri membeli koleksi baju dalam berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!