suria

Sikit sangat bagi gelandangan sedekah, netizen kecam Selena Gomez kedekut

Video Selena memberi sumbangan tular.

TINDAKAN penyanyi Selena Gomez memberi sumbangan wang tunai bernilai ASD$20 (RM86) kepada seorang gelandangan menerima kecaman netizen.

Mana tidaknya, jumlah yang diberikan Selena dikatakan terlampau sedikit dan tidak bertepatan dengan reputasinya sebagai seorang jutawan seni.

Menerusi video yang tular di media sosial, Selena dilihat berjalan keluar daripada sebuah restoran mewah sambil berinteraksi dengan beberapa orang peminat.

selena 2

Ramai yang anggap Selena kedekut.

Selena kemudiannya menyerahkan wang tersebut ke tangan lelaki itu dan sempat menyuruhnya membeli makanan.

“Belilah makanan yang sedap-sedap dengan duit ini,” katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen di media sosial mengkritik niat baik Selena dan menyifatkan penyanyi itu sebagai kedekut.

ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez tak boleh hamil, sedia ambil anak angkat atau guna kaedah ibu tumpang

ARTIKEL BERKAITAN: Kesan penyakit lupus, Selena Gomez mengaku tak boleh hamil

“Patut bagi ASD$50, apalah salah nilai itu di New York. Nak beli sekotak rokok pun tak lepas.

“Padahal billionaire tapi kedekut, AS$100 itu macam celah gigi je kalau dia bagi,” katanya.

Sebelum ini, Selena menerima jolokan billionaire selepas kejayaan jenama kosmetiknya iaitu Rare Beauty berjaya memperoleh keuntungan sebanyak ASD$1.3 billion pada tahun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain