suria

Perasaan Zayn Malik hancur dapat berita kematian Liam Payne, terkilan tak dapat beri pelukan terakhir

Zayn sifatkan kematian Liam sebagai perkara yang buatkan hatinya hancur.

HATI penyanyi Zayn Malik hancur saat menerima berita kematian sahabatnya iaitu mendiang Liam Payne pada Rabu.

Zayn atau Zain Javadd Malik, 31, juga terkilan kerana tidak dapat memberikan pelukan terakhir buat Liam.

"Tiada kata-kata yang boleh menjelaskan perasaan saya sekarang selain daripada hancur.

size NP 1 - 2024-10-18T110916.995

Foto kenangan Zayn dan Liam.

"Saya kehilangan seorang 'abang' apabila awak meninggalkan kami (One Direction) dan saya tak dapat memberi pelukan terakhir serta mengucapkan selamat tinggal.

"Saya juga tidak dapat beritahu saya sangat menyayangi dan menghormati awak.

“Saya akan menghargai semua kenangan kita di hati saya selamanya," katanya.

Zayn berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada pagi Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota One Direction Liam Payne maut, ditemukan terjatuh dari balkoni hotel

ARTIKEL BERKAITAN: Liam Payne muat naik foto bersama teman wanita sebelum ditemukan mati, netizen buat spekulasi Kate Cassidy jadi punca

Selain itu, pada hantaran sama, Zayn turut berkongsi foto dia bersama Liam sedang tidur.

Malah penyanyi Dusk Till Dawn itu berkata, dalam diam dia sebenarnya sentiasa hormat pada keperibadian mendiang yang sangat berprinsip.

"Saya tidak pernah berterima kasih kerana menyokong saya melalui beberapa masa yang paling sukar dalam hidup saya.

"Walaupun awak muda, awak sentiasa lebih bijak daripada saya, awak keras kepala, berpendirian, dan tidak peduli tentang orang lain apabila mereka salah. Dalam diam saya sentiasa menghormati awak," ujarnya.

size NP 1 - 2024-10-18T110927.789

Dari kiri, Harry, Niall, Zayn, Liam dan Louis.

Selain Zayn serta Liam, kumpulan One Direction dianggotai tiga orang ahli lain iaitu Niall Horan, Harry Styles dan Louis Tomlinson.

Pada Rabu, Liam ditemukan maut selepas terjatuh daripada tingkat tiga balkoni bilik hotelnya di Buenos Aires, Argentina.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan berkata, polis dipanggil ke lokasi kejadian selepas mendapat aduan tentang seorang lelaki dalam keadaan agresif dipercayai di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Petugas perubatan yang dikejarkan ke tempat kejadian kemudiannya menemukan mayat Liam di bahagian patio hotel berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain