suria

Tampil lagu duet, peminat mahu Rose dan Bruno Mars bercinta

Peminat suka dengan telatah Bruno Mars dan Rose

SEPERTI diketahui, penyanyi Bruno Mars dan ahli kumpulan Blackpink iaitu Rose baru sahaja melancarkan single duet mereka bertajuk APT.

Selain menampilkan keseraian dalam muzik video, ramai peminat teruja melihat keakraban dua penyanyi popular itu apabila Rose memuat naik video mereka sedang menonton perlawanan bola sepak bersama.

Berdasarkan video di Instagram Story tersebut, kelihatan mereka sedang gembira ketika menonton perlawanan bola sepak di Brazil.

Bruno 1 (1)

Bruno Mars dan Rose baru melancarkan single bertajuk APT.

Melihat ruangan komen di halaman X Pop Crave, rata-rata peminat mendoakan supaya mereka berdua mempunyai hubungan lebih serius berbanding sekadar rakan industri.

"Mereka sangat seronok bersama. Nampak sangat serasi kalau bercinta.

"Harapnya mereka sekarang ini bercinta. Saya sangat seronok kalau dapat tahu mereka bercinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa tiru Bruno Mars, Miley Cyrus berdepan tindakan saman

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh kaki judi, syarikat kasino sangkal Bruno Mars hutang RM237 juta

"Comel! Harapnya selepas ini mereka bagitahu yang sedang bercinta," kata peminat.

Bagaimanapun terdapat juga peminat tidak bersetuju dengan perkara tersebut memandangkan Bruno Mars mempunyai teman wanita iaitu Jessica Caban sejak 13 tahun lamanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain