suria

Liam Payne orang penting dalam One Direction, Louis Tomlinson janji jaga anak mendiang

Louis (kanan) kongsi kenangan bersama Liam.

KEMATIAN penyanyi Liam Payne memberi kesan mendalam buat rakan-rakan selebriti terutama anggota kumpulan One Direction kerana mereka pernah sama-sama mencipta populariti sebelum ini.

Berkongsi perasaan sedih, salah seorang anggotanya iaitu Louis Tomlinson turut berjanji akan menjaga anak mendiang selepas sahabatnya itu ditemukan sudah tidak bernyawa pada Rabu lalu.

"Saya ingin awak tahu jika Bear (anak Liam) memerlukan seseorang, saya akan menjadi bapa saudara dan menceritakan kepadanya bahawa awak adalah seorang ayah yang hebat.

one D

One Direction dianggotai oleh Niall (kiri), Harry, Liam, Zyan dan Louis.

"Saya harap dapat kembali berkongsi pentas bersama awak, tetapi ia tidak akan berlaku. Saya juga mahu diberi peluang untuk mengucapkan selamat tinggal dan beritahu saya sayangkan awak," luahnya.

Selain Liam dan Louis, One Direction juga dianggotai oleh Niall Horan, Zayn Malik dan harry Styles.

Kumpulan ini mula aktif pada tahun 2010 menerusi pencarian bakat program The X Factor sebelum mengumumkan berpecah pada 2016.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis jumpa ubat anti epilepsi dan serangan panik dalam bilik hotel Liam Payne

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota One Direction Liam Payne maut, ditemukan terjatuh dari balkoni hotel

Dalam perkongsian sama, Louis turut menyifatkan Liam sebagai seorang abang dan penyanyi berbakat dalam bidang muzik.

"Liam seorang penulis lirik berbakat dan ada citarasa dalam menggubah melodi. Pemikiran Liam adalah penting dalam One Direction. Terima kasih kerana membentuk kami," luahnya.

Liam disahkan meninggal dunia selepas ditemui maut akibat terjatuh dari tinggal tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.

Mendiang memiliki seorang anak lelaki yang kini berusia 7 tahun hasil hubungan dengan bekas teman wanita iaitu penyanyi Cheryl Cole.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain