PELAKON terkenal Indonesia Irish Bella menamatkan zaman janda dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Haldy Sabri pada pagi Sabtu. Irish, 28, berkata, dia mengambil keputusan berkahwin kali kedua selepas mendapat petunjuk daripada Allah SWT. “Keputusan berkahwin dibuat dengan hati yang tenang, penuh doa serta keyakinan dan petunjuk daripada Allah. Irish kini sah bergelar isteri buat kali kedua. “Mungkin keputusan berkahwin kali kedua nampak macam tergesa-gesa di mata orang lain tetapi saya yang menentukan perjalanan hidup dan semua ujian sudah saya tempuhi,” katanya. Irish berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu. Berkongsi mengenai karier seni selepas ini, Irish berkata kehidupannya sebagai selebriti akan berjalan seperti biasa. Tambah aktres itu, dia berharap karya dihasilkan selepas ini mampu memberi impak positif buat peminat dan masyarakat secara umumnya. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas jalani hukuman penjara akibat dadah, Ammar Zoni ceraikan Irish Bella ARTIKEL BERKAITAN: Tak serik! Pelakon Indonesia kena tangkap kali ketiga akibat dadah, isteri tidak tahan tuntut cerai “Insya-Allah, saya akan terus berkarya, menyumbang dan kekal hadir sebagai tokoh masyarakat dan boleh memberi pengaruh baik kepada umum. “Semoga karya dihasilkan dapat membawa kebaikan dan manfaat kepada ramai orang. Terima kasih atas doa dan sokongan anda," ujarnya. Untuk rekod, Irish pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ammar Zoni pada 28 April 2019 namun bercerai pada 1 Februari lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Air Rumi Akbar, 4, dan Amala Puti Sabar Akbar 2 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!