suria

Pelakon Pevita Pearce kahwin anak jutawan Malaysia, peminat gelar sebagai ‘hari patah hati nasional’

Netizen Indonesia patah hati mendengar perkhabaran perkhahwinan Pevita.

BERITA pernikahan pelakon Pevita Pearce dengan usahawan dari Malaysia iaitu Mirzan Meer membuatkan peminat kecewa dan patah hati.

Sehingga ada yang menggelarkan hari perkahwinan Pevita itu sebagai hari patah hati nasional.

"Hari Patah Hati seluruh Indonesia, tapi tak mengapa semoga Pevita bahagia dengan pilihan hati," komen netizen.

Copy of Untitled - 2024-10-21T105303.613

Pevita dan Mirzan selamat melangsungkan perkahwinan pada Ahad

Pada Ahad, Pevita, 32, selamat disatukan dengan Mirzan yang juga merupakan anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group iaitu Datuk Seri Meer Habib di Kuala Lumpur.

Acara akad nikah dan resepsi di adakan secara tertutup dengan kehadiran kehadiran keluarga dan sahabat terdekat.

Menerusi hantaran di Instagram, Pevita berkongsi khabar gembira tersebut bersama peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali dah kahwin... kini bergelar isteri ahli perniagaan

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa kini isteri ahli perniagaan bergelar Datuk, terima wang hantaran RM222,000

"Hari ini, dengan cinta yang damai, kehadiran orang yang tersayang. Kami disatukan," katanya.

Pelakon filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wick itu turut berkongsi foto memperlihatkan momen pada hari pernikahannya.

Pasangan itu dilihat sama cantik sama padan menyarung busana pengantin berwarna putih ketika meraikan hari bahagia mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain