suria

Hampir setahun cerai, Jung Joo Yeon dan bekas suami mahu kembali bersama

Joo Yeon kembali berbaik dengan bekas suaminya selepas beberapa bulan berpisah.

SELEPAS beberapa bulan berpisah, pelakon Jung Joo Yeon mengumumkan dia dan bekas suaminya sudah kembali berbaik.

Joo Yeon menjelaskan mereka bersepakat untuk hidup bersama semula selepas sedar keputusan yang dibuat salah.

"Saya ada berita baik untuk semua, pada awalnya saya fikir yang saya tak sesuai berkahwin sebab itu saya undur diri dan kemas barang-barang saya balik ke rumah ibu bapa.

Copy of Untitled - 2024-10-21T160257.367

Joo Yeon berkongsi perkara itu dalam satu temu bual.

"Selepas beberapa bulan, saya rasakan keputusan dibuat salah. Sebab itu kami mengambil keputusan untuk kembali hidup bersama," katanya.

Joo Yeon berkongsi perkara itu ketika ditemu bual menerusi rancangan MBN Sungpul Show Dongchimi yang disiarkan pada 19 Oktober lalu.

Dalam pada itum Joo Yeon memberitahu hubungannya dengan bekas suami semakin erat selepas perpisahan sementara berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jung Joo Yeon dan suami bercerai selepas 6 bulan kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Booklet album Taemin SHINee macam buku lucah! Peminat kecam aksi berahi atas katil, foto ‘spender’ atas lantai

Sebelum ini, Joo Yeoin memutuskan untuk bercerai selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.

Disebabkan perkahwinan itu tidak didaftarkan secara rasmi, pasangan itu dilaporkan tidak perlu melalui prosiding penceraian yang sah.

Untuk rekod, Joo Yeon, 34, mendirikan rumah tangga dengan suami yang tidak didedahkan identitinya pada Mac lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain