suria

Han So Hee beli penthouse RM16.3 juta, berjiran dengan Hyun Bin dan Son Ye Jin

So Hee selesai membuat pembayaran dan memindahkan pemilikan pada 30 September lalu bagi rumah yang baharu dibelinya.

PELAKON Han So Hee dilaporkan membeli sebuah kediaman jenis penthouse di Achiu-dong, Guri, Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan dengan harga 5.2 bilion Won (RM16.3 juta).

Menurut laporan Herald Economy, So Hee menyelesaikan pembayaran dan memindahkan pemilikan pada 30 September lalu.

size NP 1 - 2024-10-22T135014.593

Rumah yang dibeli So Hee di Achiu-dong, Guri.

Kediaman baharunya iaitu Arcadia Signature, hanya terdiri daripada lapan unit dalam sebuah bangunan dengan dua tingkat bawah tanah dan empat tingkat atas tanah.

Penthouse ini menawarkan pemandangan Gunung Achasan, Sungai Han, dan susun atur dupleks berkenaan membolehkan penggunaan ruang yang fleksibel.

Hartanah ini mempunyai empat bilik tidur, tiga bilik mandi, loteng dan teres atas bumbung.

ARTIKEL BERKAITAN: Han So Hee dituduh ada akaun palsu, konsisten tulis komen buruk di IG Lee Hyeri

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu ditahan buka 12 pusat judi haram, Han So Hee hilang kata-kata sebab kecewa

So Hee sebelum ini menetap di Villard de Gréum W berdekatan, yang dibelinya dengan harga 1.95 bilion Won (RM6.1 juta) secara tunai pada Disember 2021.

Malah apa yang mencuri tumpuan, aktres itu baru-baru ini mendedahkan dia tinggal di sebuah hotel sementara tunggu proses berpindah ke rumah baharunya selesai.

Selain itu, kawasan kejiranan So Hee itu juga dikelilingi selebriti terkenal seperti aktres Oh Yeon Seo, pemain bola sepak Kim Min Jae serta pasangan pelakon Hyun Bin dan Son Ye Jin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain