suria

Janda Virgoun sudah temui pengganti, beri bayangan bakal nikah dalam masa terdekat

Inara akui sudah ada teman lelaki.

SELEPAS setahun bercerai, bekas isteri penyanyi Virgoun iaitu Inara Rusli dilaporkan sudah menemui pengganti.

Mengakui sedang dalam fasa bahagia, Inara atau Inara Idola Rusli, 31, bagaimanapun memilih merahsiakan identiti jejaka yang berjaya menambat hatinya.

Jelas Inara, dia akan mendedahkan kekasihnya itu apabila mereka secara rasmi mempunyai ikatan yang sah iaitu bernikah.

2155055

Inara dan Virgoun mempunyai tiga cahaya mata.

Malah Inara memberi bayangan bakal menamatkan zaman janda dalam masa terdekat.

"Saya harap hubungan ini berjalan dengan baik dan lancar. Kami cadang nikah secepat mungkin. Lebih baik dicepatkan.

"Saya juga sudah memperkenalkan teman lelaki saya itu kepada puteri sulung iaitu Starla," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah bincang secara baik, Virgoun dan Inara akhirnya berdamai... Sepakat tarik laporan masing-masing

ARTIKEL BERKAITAN: Ikut nasihat ustaz, Inara sudah bersedia cerita perkara sebenar tentang Virgoun kepada anak-anak

Untuk rekod, Virgoun dan Inara berkahwin pada 2014 namun pasangan itu bercerai pada November 2023 selepas penyanyi itu berkali-kali berlaku curang.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya'ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain