suria

Majlis resepsi Jo Se berlangsung meriah, kos makanan setiap tetamu cecah RM1,000

Majlis kahwin Jo Se Ho menelan belanja sekitar RM1 juta.

PELAWAK Jo Se Ho dilaporkan membelanjakan wang sebanyak KRW300 juta (RM1 juta) bagi majlis perkahwinannya yang berlangsung meriah pada 20 Oktober lalu.

Daripada jumlah itu, See Ho, 42, membelanjakan KRW22 juta (RM70,000) bagi menyewa dewan bankuet mewah di Hotel Shilla di Seoul bagi acara tersebut.

Tidak hanya itu, hidangan bagi 900 tetamu pula dianggarkan berharga KRW300,000 atau RM945 setiap orang menjadikan jumlah kos katering mencecah KRW270 juta (RM850,000).

size NP 1 - 2024-10-23T145626.719

Antara rakan artis yang hadir majlis kahwin Se Ho.

Lebih istimewa, majlis resepsi itu turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada rakan baik Se Ho iaitu penyanyi Kim Bum Soo, Taeyang dan Gummy.

Pelakon Lee Dong Wook pula muncul sebagai wakil pemberi ucapan mewakili pasangan pengantin.

Majlis resepsi itu juga disifatkan paling meriah sepanjang tahun 2024 memandangkan ia dihadiri ramai selebriti terkemuka di Korea Selatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak Jo Se Ho akhirnya bakal berkahwin, pilih wanita 9 tahun lebih muda sebagai isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Usia sudah menghampiri 50 tahun, Kim Jong Kook belum putus asa cari calon isteri

Ini kerana kebiasaannya, selebriti di negara tersebut lebih gemar mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat sahaja.

Rakan artis lain yang turut hadir pada majlis perkahwinan itu adalah G, Dragon, Park Shin Hye, Yoo Jae Suk, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo, Lee Seung Gi, Lee Da In, dan Ryu Jun Yeol.

Sementara itu, Se Ho memilih berbulan madu di Itali bersama isteri sebelum berpindah masuk ke kediaman mewahnya di Yongsan, Seoul.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain