PENYANYI Jessi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kes serangan terhadap peminatnya bulan lalu. Jessi atau Ho Hyun Joo, 36, berkata, dia menyesal atas tindakannya gagal menghentikan perkara itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami trauma. "Saya ingin memohon maaf dengan seikhlas hati kepada mangsa dan keluarganya atas semua kemudaratan yang berlaku disebabkan kejadian tersebut. Jessi tampil membuat permohonan maaf di Instagramnya. "Sejak insiden tersebut, saya sedar sudah melukakan bukan sahaja mangsa tetapi banyak pihak sehingga menyebabkan mereka berasa dikhianati dan marah. "Sasya menyesal dengan perbuatan saya. Kalaulah saya boleh kembali kepada waktu itu, saya akan mengambil gambar dengan mangsa. "Jika saya proaktif dalam melindungi mangsa dan pergi ke balai polis dengan segera serta membuat permohonan maaf mungkin mangsa tidak akan sengsara sehingga tahap ini," katanya. Jessi membuat permohonan maaf itu menerusi Instagram miliknya pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Jessi selesai beri keterangan kes serang peminat, tiba-tiba muncul wanita buat pendedahan kisah lama ARTIKEL BERKAITAN: Tak hirau bahaya, Jessi sanggup panjat ‘bodyguard’ semata-mata nak peluk peminat Sedar permohonan maaf tidak dapat mengubah keadaan, Jessi berjanji akan memperbetulkan kesilapan dilakukan terhadap mangsa. "Saya sedang berusaha memperbetulkan kesilapan saya dengan membantu mangsa sepanjang proses pemulihan," jelasnya. Pada 16 Oktober lalu, Jessi hadir ke Balai Polis Gangnam di Seoul bagi membantu siasatan kes berkenaan. Dalam insiden yang berlaku pada 29 September lalu, seorang peminat cuba mendekati Jessi untuk bergambar dengannya. Jessi ketika hadir ke balai polis bagi membantu siasatan. Namun permintaan tersebut dihalang oleh seorang lelaki yang berdiri berdekatan dengan Jessi yang sedang duduk di tepi sebuah bangunan. Peminat itu kemudiannya dipukul oleh pekerja Jessi walaupun penyanyi itu dilihat cuba menghalangnya daripada berbuat demikian. Rakaman insiden tersebut juga sedang tular di media sosial dan ramai mula menyebelahi Jessi yang jelas bukan punca kejadian malah cuba menghalang pekerjanya memukul individu tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!