suria

Rose Blackpink obses dengan ketumbar, cadang buka kebun sendiri 

Rose Blackpink obses daun ketumbar.

KETUMBAR mungkin tidak digemari kebanyakan masyarakat di Korea Selatan namun penyanyi Rose Blackpink taksub dengan sayuran tersebut.

Rose atau Roseanne Chae Young Park, 27, berkata, setiap hidangannya mesti akan disertakan dengan daun ketumbar malah akan berasa makanannya tidak lengkap tanpa sayuran tersebut.

Malah Rose memasang impian untuk memiliki kebun menanam pokok ketumbar jika dia sudah tidak aktif sebagai penyanyi suatu hari nanti.

Untitled design - 1

Rose Blackpink nak jadi pekebun lepas bersara.

"Impian saya dalam hidup selepas pencen sebagai penyanyi adalah membuka kebun pokok ketumbar.

"Saya obses dengan ketumbar dan rasa tak lengkap kalau tiada sayuran itu dalam makanan. Jadi apa salahnya kalau saya komersialkannya," katanya.

Sebelum ini, dalam satu perkongsian sebuah video, Rose yang memasak nasi goreng kimchi menambah daun ketumbar dalam masakan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil lagu duet, peminat mahu Rose dan Bruno Mars bercinta

ARTIKEL BERKAITAN: Bercinta dalam diam, peminat mula hidu hubungan Rose Blackpink dan Cha Eun Woo

Tidak hanya mempunyai kebun sendiri, Rose turut bercadang membuka sebuah kafe yang berasaskan pokok ketumbar sebagai menu utama.

"Saya akan mengupah cef terkenal untuk membuat menu berasaskan ketumbar dan kafe itu akan dibuka dalam kebuh saya yang diberi nama The Cilantro Farm," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan