PELAKON Kim Soo Mi dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada pagi Jumaat. Korea Times melaporkan, Soo Mi meninggal dunia pada usia 75 tahun selepas ditemukan tidak sedarkan diri oleh anaknya dan terus dibawa ke hospital St. Marry, Korea Selatan. Bagaimanapun aktres tersebut tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di unit kecemasan. Kesihatan Soo Mi sejak kebelakangan ini dilihat kurang baik. Sebelum ini, Soo Mi menghentikan segala aktiviti seni pada Mei hingga Julai tahun ini kerana kerap dimasukkan ke hospital. Aktres berkenaan kemudiannya membuat penampilan semula pada September lalu namun membangkitkan kebimbangan peminat apabila melihat keadaan kesihatannya yang lemah. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota One Direction Liam Payne maut, ditemukan terjatuh dari balkoni hotel ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘The Glory’ Park Ji Ah meninggal dunia akibat pendarahan otak Dilahirkan pada 3 September 1959, Soo Mi sudah bergiat aktif dalam dunia hiburan selama lebih daripada 50 tahun. Nama Soo Mi mula mendapat perhatian selepas membintangi drama Country Diaries ketika dia tampil dengan watak seorang perempuan tua meskipun ketika itu baharu berusia 30-an. Soo Mi kemudiannya membintangi beberapa drama dan filem popular termasuk 'Hello, Franceska', Band of Sisters, The King And I dan The Eldest. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!