ISTERI kepada Baim Wong menegaskan tidak pernah berlaku curang terhadap aktor itu sepanjang enam tahun mereka berkahwin. Paula Verhoeven, 37, bagaimanapun berkata, sebagai isteri dia mengakui banyak kekurangan dan semua perbuatannya diketahui Allah SWT. "Sepanjang tempoh perkahwinan, sebagai isteri banyak kekurangan yang saya miliki. "Namun dalam kesempatan ini, saya ingin menerangkan bahawa dakwaan saya curang itu adalah tidak benar. Paula mengakui banyak kekurangan sebagai isteri. "Saya percaya Allah Maha Mengetahui apa saya lakukan dan semua perbuatan saya di dunia ini harus dipertanggungjawabkan di akhirat kelak," katanya. Paula berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Paula turut meluahkan rasa kesal kerana kisah rumah tangganya bersama Baim menjadi sorotan ramai. Kata Paula, ketika ini dia dan anak-anak berdepan situasi sukar dan memohon orang ramai mendoakan terbaik buat mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Setahun cuba pertahan rumah tangga, Baim Wong dedah isteri curang dengan rakan baik ARTIKEL BERKAITAN: Baim Wong menyesal dedah aib isteri, salahkan diri gagal jadi suami "Mohon maaf atas pelbagai berita tentang rumah tangga saya. Dalam kesempatan ini, izinkan saya menerangkan daripada pihak saya. "Dakwaan berlaku curang yang bertebaran di media sosial akan dapat diketahui oleh anak-anak kami kelak. "Saat ini bukanlah situasi yang mudah untuk kami (saya dan anak-anak). Oleh kerana itu, dengan segala kerendahan hati, saya mohon doa daripada semua," ujarnya. Paula turut memohon maaf kepada kedua-dua anak lelakinya iaitu Keanu dan Kenzo kerana terpaksa berdepan dengan situasi sukar ini. Paula dan Baim bersama anak-anak lelaki mereka. Aktres berkenaan turut meluahkan rasa kasih dan sayang terhadap anak-anaknya dan berharap agar urusan keluarga mereka dipermudahkan. "Untuk anak-anak saya, Kiano dan Kenzo permata hati mama (panggilan Paula). Maafkan mama dan papa (Baim) ya anak. "Semoga Allah memberikan kemudahan dan menjaga kita semua. Mama dan papa selalu sayang kalian (anak-anak)," katanya. Baim sebelum ini mendakwa Paula berlaku curang. Pada 7 Oktober lalu, Baim memfailkan cerai terhadap Paula di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia. Kata Baim, sikap curang isterinya menjadi punca dia memfailkan cerai dan sudah setahun lebih cuba pertahankan rumah tangganya itu namun tidak berhasil. Untuk rekod Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018. Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!