suria

Enggan lagi jadi mangsa keganasan rumah tangga, Cut Intan Nabila nekad fail cerai terhadap suami 

Cut yakin untuk memfailkan cerai terhadap Armor dalam masa terdekat.

PERSONALITI media sosial, Cut Intan Nabila memberitahu dia nekad memfailkan cerai terhadap suaminya iaitu Armor Toreador dalam masa terdekat.

Kata Cut, 23, dia merancang untuk segera melakukan perkara itu selepas perbicaraan kes keganasan rumah tangga melibatkan Armor selesai.

"Insya-Allah, saya akan berpisah. Penceraian adalah hal paling baik saya rasakan. Semoga apa yang terjadi menjadi contoh kepada para lelaki agar lebih menghargai wanita," katanya.

Copy of Untitled - 2024-10-29T114046.402

Keputusan untuk bercerai sudah mendapat sokongan keluarga.

Dalam pada itu, Cut memberitahu keputusan bercerai dengan Armor turut mendapat sokongan daripada keluarganya.

"Keluarga saya pun berfikir perkara sama. Mereka hanya mahu yang terbaik untuk saya," ujarnya.

Meskipun hubungan mereka sudah retak, Intan menegaskan dia tidak pernah menghalang anak-anaknya untuk bertemu bapa mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Cut Intan Nabila beri bayangan bakal bercerai, luahan sempena ulang tahun perkahwinan ke-5 sentuh perasaan

ARTIKEL BERKAITAN: Ditendang suami ketika sarat hamil, kawan baik anggap kehidupan Cut Intan Nabila macam dalam neraka

Malah dia tetap membawa anak-anaknya melawat Armor, 25, ketika suaminya itu dalam tahanan pihak polis.

"Saya pernah bawa anak-anak jumpa dia tetapi saya tak berborak dengannya. Apa paling penting anak-anak dapat melepaskan rasa rindu terhadap bapa mereka," kongsinya.

Sebelum ini, Intan bertindak memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dia dipukul Armor di kediaman mereka menerusi laman Instagram miliknya.

Copy of Untitled - 2024-10-29T113726.117

Cut berkongsi video memaparkan dirinya menajadi mangsa penderaan fizikal.

Intan turut mendedahkan suaminya bukan sahaja melakukan penderaan fizikal malah beberapa kali berlaku curang sepanjang lima tahun perkahwinan mereka.

Armor didakwa atas dua kesalahan iaitu melakukan keganasan rumah tangga dan penganiyaan serta berdepan hukuman penjara selama 10 tahun jika disabitkan bersalah.

Untuk rekod, Intan dan Armor mendirikan rumah tangga pada 2020 dan memiliki tiga orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain