ANGGOTA kumpulan Unis iaitu Seowon berdepan insiden memalukan apabila gigi bongsunya tercabut ketika tampil dalam sebuah program mukbang di YouTube. Kejadian tersebut berlaku ketika Seowon dilihat sedang menikmati makanan malam bersama anggota lain Unis sebelum menyedari giginya tercabut. Malu dengan kejadian itu, Seowon, 13, segera menekup mulutnya sambil ketawa sebelum memberitahu giginya tercabut. Anggota yang lain kelihatan bimbang melihat nasib yang menimpa Seowon. Sebelum itu, Seowon sempat memberitahu dia tidak berselera makan disebabkan giginya sakit. Semenetara itu, klip tersebut tular di media sosial dan rata-rata netizen gelak besar melihat insiden mencuti hati berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Veneer tercabut lepas kunyah roti keras, Cardi B buat ‘live‘ tunjuk gigi rongak ARTIKEL BERKAITAN: Selamba Hairul Azreen cabut gigi susu anak, netizen kagum Yusof rileks tak menangis pun Bahkan ada juga yang terkejut apabila mengetahui usia sebenar Seowon yang disifatkan terlalu muda untuk menjadi bintang Kpop. "Muda betul dah jadi idol Kpop, gigi susu pun tak habis cabut lagi. "Tercalar imej dia, 10 tahun akan datang pun orang masih ingat insiden ini. Lambat juga umur 13 masih ada ada gigi susu," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!