suria

Dah 5 bulan nikah tapi Rizky Febian dan Mahalini belum daftar perkahwinan

Ada pihak mendakwa pernikahan Mahalini dan Rizky masih belum berdaftar.

SUDAH lima bulan mendirikan rumah tangga, rupa-rupanya perkahwinan pasangan Rizky Febian dan Mahalini masih belum berdaftar daripada segi undang-undang.

Perkara tersebut didedahkan pegawai Mahkamah Syariah Jakarta Selatan, Indonesia pada Rabu lalu.

"Pernikahan Mahalini dan Rizky masih belum berdaftar di pejabat Agama, butiran pernikahan mereka juga masih tidak lengkap," katanya.

2695589

Dicky menjelaskan urusan pendaftaran tersebut mengambil masa yang lama.

Tampil menjelaskan perkara itu, wakil Rizky iaitu Dicky Chandra menegaskan pernikahan pasangan itu sah dari segi agama.

"Perkahwinan mereka sah. Cukup syarat-syarat nikah. Tak perlu untuk perbesarkan hal ini," katanya.

Jelasnya, mereka mengambil masa yang lama untuk menguruskan perkara itu memandangkan status agama Mahalini berubah selepas pernikahan.

Justeru, dia meminta orang ramai untuk memberi ruang kepada pasangan itu dan tidak memperbesarkan hal tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering berbalah awal perkahwinan, Rizky Febian dan Mahalini tak jadi gaduh gara-gara tersasul cakap

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Mahalini dituduh curang di belakang Rizky Febian, desak pemfitnah tunjuk bukti

"Mahalini baru sahaja masuk Islam. Mungkin ada urusan yang perlu diselesaikan dahulu mengenai status itu.

"Biar mereka fokus uruskan rumah tangga sendiri dan tak perlulah kita bising-bising," ujarnya.

Sebelum ini, Rizky dan Mahalini dilaporkan baru menghantar permohonan sah nikah kepada Mahkamah Syariah Jakarta Selatan pada 10 Oktober lalu.

Pasangan itu diarahkan untuk hadir ke mahkamah pada 4 November depan atas urusan berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain